Sunday 23 February 2014

Kek Lapis vs Budu: > MAKANAN MELANAU - TELISIH @ TERAMAU - Blog Makanan di Putrajaya

Kek Lapis vs Budu: > <b>MAKANAN</b> MELANAU - TELISIH @ TERAMAU - Blog Makanan di Putrajaya


Kek Lapis vs Budu: > <b>MAKANAN</b> MELANAU - TELISIH @ TERAMAU

Posted: 20 Feb 2014 09:13 PM PST

SALAM JUMAAT.. kejap jer masa berlalu.. esok adalah hari yang ditunggu2.. sebab wiken.. masa utk membibikkan diri pastu golek2 bersantai kat rumah hahah

Yahooo..!!!!

Tapi semakin cepat masa berlalu, semakin cepat pertambahan angka umur...dan agaknyer semakin pendek jangka hayat kita. Lumrah.. Tetiba insaf di pagi jemat nih.. pagi laa sangat... update entry dah masuk tengahari. kihkih.. Ok, berbalik kepada cerita asal plak..

Ini adalah makanan yang dipanggil "Telisih", iaitu makanan tradisional kaum saya iaitu suku Kaum Melanau di Sarawak. Telisih (sebutan di Daerah Oya) atau juga dikenali dengan nama "Teramau" (sebutan di Daerah Dalat/Mukah) kalau x silap..

 BAHAN-BAHAN:

1- Semangkuk Sagu
(mak biasanya menggunakan sagu buatan dari Bahagian Mukah sbb biasanya sagu Mukah kurang berlemak). Manakala kalau sagu buatan Dalat iaitu biasanya yg pemes dari Kpg Medong, lagi sedap dimakan begitu jer atau bersama pisang/ ikan/umai dll.)

2- Kuah kari. Biasanya kuah kari daging sama ada ayam atau lembu / kambing.
(Kari ikan rasanya sedap jugak. Tapi lagi sedap kalau kuah kari daging yang org masak time kenduri kawin sbb biasanya mknn ni mmg mmg salah satu hidangan time gotong royong org kenduri kawin. hehe)

CARA MEMBUAT:

 Senang jer..tutup mata pun bleh buat... tuang kuah kari yg tgh mendidih tu ke dalam mangkuk yg berisi sagu tu.. Kuah x payah laa byk sangat..nnt terlebih lembik lak "Telisih" tu... just sedang2 jer..klu agak kering, bleh laa tambah kuah tu sikit lagi..jgn lupa isi daging tu masuk la sikit..

Dah tuang kuah..bleh makan segera.. tp jgn lupe baca doa makan sblm ngappp... heheh

  pic credit to my anak sedara aka anak sepupu, Ina Resat.. :)

.

pesawat ak5110 terhempas dan <b>putrajaya</b>. - al-kisah <b>...</b> - RZ - Blogger

Posted: 18 Feb 2014 06:00 PM PST

Adakah ini mentaliti orang seorang berstatus YB? Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN PAS Batu Buruk dikatakan telah mengeluarkan 'berita palsu' daripada laman twitternya:

'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.

Menurut sumber, YB tersebut belum lagi meminta maaf walaupun tahu berita itu palsu dan mendapat kecaman ramai pihak. Apa maksud YB tersebut? Takkan disebabkan gila mahu ke Putrajaya punya pasal, sampai sanggup sebar berita palsu? Ish3..

Baca dibawah untuk lebih lanjut: http://malaysiagazette.com/nasional/adun-pas-bergurau-pesawat-terhempas-di-putrajaya#axzz2tXolirKl

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.

Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.

Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.

Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.

@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.

@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.

Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.

Kredit - http://tenteramaya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Post Popular