Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi Berbuka Puasa iaitu ' Buffet Ramadhan 2014 ' yang bertemakan " Hidangan Tradisi Warisan Budaya ". Buat julung kalinya PICC mempekenalkan pakej berbuka puasa dengan 200 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisann melayu sebagai tarikan.

Sidang Akhbar

Chef dan Management PICC

Sidang akhbar ini disertai sendiri oleh Chef-Chef terkenal yang menyediakan makanan untuk hidangan Buffet Ramadhan ini. Pelbagai jenis masakan yang dikongsi oleh mereka ternyata pelbagai juadah menarik yang akan dihidangkan untu setiap hari. Sajian yang dihidangkan dipelbagaikan setiap hari untuk disajikan bagi kepuasan pelanggan yang hadir.

Antara hidangan utama Buffet Ramadhan yang menjadi tumpuan adalah Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.

PICC Beriyani Kambing

Malah Buffet Ramadhan ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti " Pembuka Selera " , " Sup Masyuk Berasap " , " Gerai Utama PICC " , " Mangkuk Panas " , " Kawah Berapi " , " Sejuk Badan " , " Kebun Buah Pak Rusmie " dan " Dahaga ". Apa yang menariknya, ada jenis sup yang ada tambahan ' Tongkat Ali' dalam masakannya. Haa.. antara menu kena cuba ni.

Fruit Mousse in Shooter Glass

PICC Beriyani Ayam

Barisan Chef PICC

Dessert yang menyelerakan

Red Velvet yang sedap

Baked Cheese Cake sangat sedap

Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Bubur Pulut Hitam, Pengat Labu, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha dan Bubur Gandum. Bubur lambuk PICC sangat istimewa kerana resipi dari Utara dan menggunakan 30 jenis herba dan ulaman.

Buffet Ramadhan PICC bukan menyediakan hidangan tradisi Melayu sahaja, malah turut disediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne, Linguine, Aglio-Olio beserta sos Blognese dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta ini. Pasti tertambat.

Cabutan Bertuah

Pihak Management bukan sahaja menyajikan makanan menarik, malah mereka menyediakan peluang yang sangat menarik untuk direbut juga. Setiap tetamu yang hadir ke Buffet Ramadhan ini akan diberi baucar dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama ' Duit Raya Tunai' sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah sampingan lain bernilai lebih RM10,000.00.

Antaranya ialah TV LED 40′ inci dan Telefon Pintar Samsung Note 3 dan lain-lain. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC.

Persembahan Artis

rosmah af

Bagi mereka yang mencari kelainan semasa berbuka puasa samaada bersama keluarga atau rakan-rakan disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah destinasi yang terbaik untuk berbuka puasa. Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini.

Solat Terawih

Bersempena bulan ramadhan ini, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi yang bertempat di surau yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse.

Promosi

Buffet Ramadhan PICC

Pakej berbuka puasa Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 30 Jun sehingga 25 Julai 2014 dengan kadar bayaran sebanyak RM80.00 untuk dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Buffet Ramadhan ini akan bermula dari jam 6.30 petang shingga 10.30 malam.  Menariknya, pada minggu pengenalan dari 30 Jun sehingga 6 Julai, pengunjung akan dapat menikmati buffet ramadhan ini pada kadar diskaun 10% iaitu RM 72.00 bagi dewasa dan RM36.00 bagi kanak-kanak.

Tempahan

Bagi tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162. PICC juga turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. Sekiranya ada yang berminat, boleh hubungi talian 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai acara atau pakej yang ditawarkan bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau Twitter PICC @piccmalaysia. Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, boleh hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my.

Summary

Article Name

Makanan - Buffet Ramadhan Putrajaya

Author

Description

Buffet Ramadhan PICC salah satu tempat menarik dan menghidangkan makanan yang sedap untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. ' Hidangan Tradisi Warisan Budaya' buat semua pengunjung PICC. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan yang disediakan oleh Chef terkenal ini.

Related Posts

Ephyra-EphyraTreasure Hunt 2014
Ephyra-EphyraTreasure Hunt 2014

Assalamualaikum.. Alhamdulillah pengalaman baru lagi bila dapat join treasure hunt ni. Sebenarnya join treasure hunt…

[ Review ] Pengalaman Percutian Di Star Cruises SuperStar Libra | Pelayaran bersama SuperStar Libra

Pengalaman Percutian Di Star Cruises SuperStar Libra |  Pelayaran bersama SuperStar Libra Assalamualaikum..sepanjang tempoh berkelana HN…

Pengalaman Menaiki Cruise Tasik Putrajaya | Foot Loose @ Cruise
Pengalaman Menaiki Cruise Tasik Putrajaya | Foot Loose @ Cruise

Pengalaman Menaiki Cruise Tasik Putrajaya | Foot Loose @ Cruise Tasik Putrajaya Alhamdulillah tahun 2014 banyak…