Wednesday 29 January 2014

Anim Agro Technology: NASI KERABU - Blog Makanan di Putrajaya

Anim Agro Technology: NASI KERABU - Blog Makanan di Putrajaya


Anim Agro Technology: NASI KERABU

Posted: 26 Jan 2014 02:35 PM PST

Anim Agro Technology: NASI KERABU

NASI KERABU

NASI KERABU merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melayu terutama di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia semenjak dulu lagi. Nasi kerabu adalah sejenis NASI ULAM yang dimana lazimnya nasi dihidangkan adalah mempunyai warna biru. Nasi kerabu memang unik kerana warna BIRU nasinya yang lain daripada biasa (putih) dan dihidangkan dengan pelbagai bahan lain seperti keropok, ayam goreng, ikan kering, ikan, telur masin, sayur-sayuran, ulam-ulaman, budu dan banyak lagi komponen. Dahulu saya tertanya-tanya kenapa nasi kerabu berwarna biru?. Adakah ia memakai perwarna makanan dibenarkan atau bagaimana?. Kini telah dapat jawapan dimana nasi kerabu tradisional dan original akan mewarnakan nasi semasa memasak menggunakan sejenis bunga berwarna biru-ungu iaitu Bunga Kembang Telang (Clitoria ternatea) yang mudah ditanam dikawasan keliling rumah atau tumbuh liar. Hidangan ini menjadi kegemaran ramai dimana sahaja di Malaysia yang mudah didapati di Pasar Malam, Kedai Makanan Kelantan, Pasar Tani, Kantin Pejabat, Kantin Kilang dan juga Pasaraya. Artikel pagi Jumaat ini sempena cuti Thaipusam, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nasi kerabu yang merupakan satu hidangan istimewa masyarakat Malaysia sebagai makanan berkhasiat dan mengenyangkan.


Bunga Kembang Telang yang digunakan sebagaei pewarna biru pada nasi kerabu mempunyai kelopak yang berwarna biru kuat dan tumbuhan ini mudah hidup dengan menjalar dikawasan pagar rumah atau pokok. Bunga ini keluar sepanjang tahun dan setiap pokok akan  menghasilkan bunga yang banyak untuk dipetik selalu (Lihat foto sebelah). Bunga ini akan menghasilkan warna biru pada nasi yang ditanak jika ia dimasukkan walau pun 4 - 5 kuntum sahaja. Tumbuhan ini kebanyakannya adalah organik kerana jarang disembur dengan racun kimia dan memang kurang serangan oleh serangga perosak. Bagaimana pun kini penjual nasi kerabu komersial dikawasan bandar telah menukar bahan untuk warna biru dengan bahan perwarna (Agaknya hipotesis ini betul kot). Kita sebagai pembeli kurang prihatin dengan perkara ini kerana asalkan nasi kerabu mempunyai laukpauk yang sedap, maka kita tetap beli dan makan nasi kerabu dengan sungguh selera. Kaedah penyediaan nasi kerabu juga tidaklah sukar asalkan kita mempunyai bahan asas yang cukup dan masih segar.


Bahan asas nasi kerabu pastinya adalah Nasi berwarna biru (Ada juga yang buat nasi kerabu dengan nasi putih sahaja atau kuning yang dibubuh kunyit). Nasi kerabu lazimnya telah sejuk dan memang jarang dihidangkan ketika nasi masih panas lagi. Ini kerana jika nasi jika masih panas maka sayur dan ulam-ulaman yang diletas akan cepat layu apa lagi kalau dibungkus dalam kotak polistrene dan kertas minyak. Begitu juga dengan laukpauk seperti ayam, ikan, ikan kering, telur asin, keropok dan sebagainya biasanya telah sejuk. Ramai juga yang suka makan nasi kerabu dengan budu yang dijadikan penyedap rasa. Penyediaan lauk pauk sama ada digoreng, direbus, dibakar (Daging Salai) menggunakan rempah sesuai. Ulam-ulaman seperti kacang panjang, kobis dan sebagainya akan diracik halus. Timun dan salad akan dipotong mengikut saiz sesuai. Keropok ikan juga digoreng dan disimpan didalam bekas yang kedap udara agar tahan lama dan tidak lembik. Kesemua ramuan akan disusun diatas meja dan tertakluk kepada pembeli untuk memilih lauk atau hidangan standard. Harga ditentukan mengikut kualiti, kuantiti, jenis lauk, lokaliti, jenis premis jualan dan sebagainya.


Kini nasi kerabu telah pun dikomersilkan dimerata tempat di Malaysia dengan resepi yang telah diubahsuai tetapi asasnya adalah sama. Di pasar malam dan pasar tani merupakan lokasi paling mudah untuk mendapatkan nasi kerabu yang dijual dengan harga sekitar RM 2.50 hingga RM 5.00 sebungkus menggunakan kotak polistyrene (Lihat foto sebelah). Sebaiknya ia dimakan segera dan elakkan disimpan lama kerana keenakannya akan berkurangan kalau ia telah bercampur dengan kuahnya. Di bulan Ramadan pula hidangan ini menjadi kegemaran untuk berbuka puasa kerana ia adalah makanan lengkap. Ini kerana ia mempunyai zat karbohiderat, protin, lemak, tenaga, vitamin (dari sayur-sayuran dan ulam) dan ikan serta daging. Berbeza dengan nasi lemak, nasi kerabu tidak dimasukkan dalam jenis hidangan yang perlu diambil sekitar 2 kali sahaja seminggu. Kehebatan nasi kerabu telau menjangkau sempadan dan menjadi hidangan nasional di Malaysia. Wasallam!.


NASI KERABU...BIRU WARNANYA...
PELBAGAI LAUK...LETAK DIATASNYA...
AYAM GORENG.... ULAMAN JUGA...
MUDAH DIBELI....DIMANA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasartani Megam Putrajaya,
Precint 2, Putrajaya,
Malaysia.
(17 Rabiulawal 1435H)

Yan Ty: Part III | Railway Tourism & Homestay - Sepetang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2014 12:13 AM PST

Salam u ols , 

Sambungan al kisah Ty kekenyangan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong {klik} belum selesai , sebabnya lik umah sambil siap nak pergi bermandi manda dekat air terjun  yang jalannya sangat mencabar memang ada je lagi sikit silap - silap terterjub ke bawah. Eh , terlebih imaginasi la pula.

Sebelum berkumpul untuk ke air terjun , keluarga angkat kami memang pemurah, murah dengan menjamu makanan tak henti-henti untuk kami. Minum petang yang sangat terbaik. Makan buah - buahan tempat ; rambutan , cempedak , durian dengan kerepek dan keropok ikan. Ajak jiran sebelah lagi, gamat rumah angkat kami jadinya.

Tengok si Kak Sue ni , sebakul rambutan tu dia letaknya kat depan dia.

Sedap sangat la tu sampai orang lain jenuh nak makan sebijik pun jenuh.

Ish3 , anak sapa la ni.

Ini dia , minum petang kami. Meriah u olls. Siap bungkuih kononnya nak berkelah kat air terjun tapi tak dan masa jalan nak balik baru depa pakat kedarah sebab lapaq lepaih mandi manda.

Kami geng Homestay Kg.Beng berkumpul di dewan balai raya sebelum bergerak bersama-sama menuju air terjun. Sementara menunggu yang lain , sempat la jenguk apa keluarga angkat kami semua sedang buat di belakang takbir. Rupanya depa dok preparekan masakan dan makanan untuk majlis malam tu nanti.

Seronok tengok suasana bersepakat bersama-sama bergotong royong.

Apa yang penting , kerjasama! 


Pengembaraan pun bermula , jom masuk hutan untuk merentasi semata-mata nak mandi air terjun.

Bukan senang u olls nak cross sungai kecik tu, nampak tak ada wayar elektrik jadi kami semua kena tunduk dan tak boleh sentuh. Mak aih sangat mencabar. Dengan ditambahnya pula baru lepas hujan , tanah pun masih lembab maka licin dan susah nak memanjat juga berjalan sampai ke tempat nak berair terjun.

PACAT!!! Walaupun kecil kita ni lagi besar, ini lah pertama kali Ty dihinggap binatang sungguh comel tapi menghisap darah Ty tanpa disedari. Ty tak dapat nak berendam atas sebab - sebab tertentu yang tak dapat dielakkan jadi tukang jadi photographer ja la untuk model-model majalah Mangosteen.

Sumpah cheq jealous tahap maksima gaban, mampu men celup - celup ja. Meh tolong Ty pilih cover photo untuk majalah most expose.

Kampung Beng , al kisah nya dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang telah melarikan diri mengikut jalan sungai ; Sungai Perak. Dan nama Kampung Beng diambil bersempenakan nama beliau yang mana dikenali sebagai Tok Beng. Bukan Ben Ashaari ye. 

Dah pilih? Confius sat , posing gay sangat depa ni. Janji tak dak hat terover porno sudah la. Walhal ada ja tapi bukan dari lense Ty. Oppsss. Lepas puas depa berendam, dah sampai waktu tuk kami balik rumah keluarga angkat dan bersiap untuk majlis makan malam nanti.

Tergelincir gak la masa nak balik , sebakul kena bebel dengan mak tiri terangkat si Kak Sue tapi tak da la tahap nak terjun terjunam golek-golek ala hindustani cam apak Jeeb. Ngee..

Sampai rumah, mandi dulu. Berdarah yang tak henti di badan dan paha. Sumpah cuak tapi masih tercari-cari mana pi binatang pacat tu. Jenuh la nak mandi, non stop darah mencurah-curah. Arghhhh..darah-darah,aku cedera parah. Kesimpulannya, tempek plaster. Baru senang nak bersiap untuk kedarah lauk pauk malam tu.

Ni dia , lauk pauk hat mak pak angkat kami masak ramai-ramai dengan orang kampung. Superb marvelous delicious la u olls. Berpinggan kami makan, Qaseh menambah nasi. Lauk dirata bertingket-tingket, memang tak dak chance dah nak dibuat menantu. 

Ini mak hangkat terangkat kami.

Majlis makan malam diserikan lagi dengan band yang juga ada sesi karaoke. Kaki karok memang gila mirc la jawabnya. Antara blogger yang juga agak kaki karok la yang memeriahkan malam tu semestinya lah si Mawardi Yunus  dan Najeeb Abdullah , dah macam buat konsert pula dieorang berdua ni. 

Jom layan !

Kemain Pak Yah kita ni posing nooo

Terima kasih kasih kepada keluarga angkat , seluruh orang kampung yang sangat mesra dan baik hati juga menerima kehadiran kami selama 3 hari 2 malam . Terutamanya ribuan terima kasih buat Pak Yah , tok penghulu kampung Kg.Beng.

Sedih dan sayu gak bila kami dan nak kena balik KL. Tiada lagi suasana kampung , air sejuk dari gunung , makanan yang segar dan sedap , buah - buahan tempatan dari dusun , naik bot sebagai jalan pengantaraan dari kampung ke pekan. In sha Allah , ada kelapangan boleh plan  pi lagi.

Kampung Beng memang best!

No comments:

Post a Comment

Post Popular