Wednesday 26 February 2014

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search


<b>MAKAN</b> MALAM <b>DI</b> BUMBU DESA ALAMANDA <b>PUTRAJAYA</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 07:50 AM PST

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

Laksa Sarawak - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger

Posted: 20 Feb 2014 11:20 AM PST

hai assalammualaikum

Mata dah ngantuk tapi gagahkan diri untuk menaip..Harini nad menghabiskan masa dengan keluarga nad pergi ke Putrajaya. Harini merupakan hari terakhir Karnival Usahawan Desa di Putrajaya Presint 2. Dalam niat memang nak pergi, sebab nak jumpa member yang join sekali karnival ni dan nak tengok ada apa yang dijual disana selain kuih muih tradisional. Sampai di Putrajaya perkara pertama yang memeningkan adalah parking..haha..hari terakhir pun ramai lagi yang datang. Tapi alhamdulillah masuk je tempat parking ada orang nak keluar.terus masuk parking. masuk je dekat kawasan die memang penuh dengan manusia..kira karnival ni mendapat sambutan orang ramai.

Pelbagai booth telah dibuka..apa yang nad nampak booth makanan, barang-barang antik dan tradisional, pakaian dan pertunjukan kereta. Kawan nad ade gak join karnival ni. Die tolong pakcik die jual durian crepe dan air kopi. boleh tahan gak lakunyer. Nad beli durian crepe dekat die, sedap marbelous. depan kedai die merupakan booth media prima..syok habis..nad tak sempat nak tangkap gambar. Sepanjang karnival die nampak artis kat booth tu..haha..untung booth die dekat dengan booth media prima. satu lagi booth hiburan nad pergi ialah TV Alhijrah..masa tu nampak pelakon Munir je..anak buah suruh amik gambar tapi disebabkan ramai orang tak dapat nak amik..

 Ni pulak pertunjukan kereta yang paling awesome..2 kereta ni menrik minat nad..tengokla pintunyer tu..untungla awek dapat pakwa pakai kereta mcam ni..hahhaa..Nad dalam mimpi jele dapat kereta macam ni..kalau suh si jejaka mafia tukar kereta macam ni mau makan megi jele..tak pun makan dauh..hahaa..masa ni memang panas..panas-panas pun hantam jele..nak tengok kereta kan..

Yang ni pulak pelbagai jenis makanan dari semua negeri. Sarawak pun ada..mau makan apa..cakap je..tapi masa ni nad makan char keuw teow je..haha..penat..taknak makan berat-berat.

ni la kalau dah bawak budak-budak..tak lain nak belon je..linkup duit makcik korang ni blanja korang..tak dapat nangis..adeh..nak taknak belikan jele..

sebelum balik..rehatkan diri mendengar lagu orang asli..hehhee..best jugak tengok diaorang main..orang asli sekarang semakin maju..so jangan pandang rendah dekat diaorang ok..pandai main muzik..pandai menyanyai..pandai berjoget..ade lagu rancak ade lagu slow..bila penat dah hilang mulalah kitaorang gerak nak balik..fuhh..memang penat tapi enjoyy..

12b) <b>Makanan</b> pelik <b>di Putrajaya</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Feb 2014 11:11 PM PST

1. Saya berterimakasih kerana interpretasi yang sering dibuat berkenaan pemikiran saya. Tetapi kadang-kadang interpretasi berbeza dari pemikiran saya yang sebenar.

2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuah Bandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan ini.

3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris.

4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris.

5. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran.

6. Tingkat bawah bangunan-bangunan ini terdapat kedai-kedai makan dan barangan dan juga pusat hiburan seperti Lido. Memanglah restoran menjual barangan yang tidak halal.

7. Sesungguhnya Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan pelancong dalam dan luar negeri sepanjang masa. Ramainya mereka di sini kerana terdapat kedai dan restoran mewah. Lido mempunyai tarikan hiburan yang istimewa.

8. Kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris. Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan pejabat Kerajaan semata-mata.

9. Di Negara maju terdapat CBD – Central Business District yang penuh dengan pejabat-pejabat syarikat terkemuka di Bandar besar. Pada siang hari ramailah pekerja dan pelawat membanjiri CBD. Apabila pejabat tutup pada 5 petang, CBD menjadi senyap sunyi. CBD juga berbahaya pada waktu malam kerana ramai penjenayah merayau-rayau dan menyamun orang yang masuk kawasan ini.

10. Sudah tentu jika ramai orang terdapat di mana kawasan, kemungkinan penjenayah bermaharajalela akan berkurangan.

11. Saya cadang kepada pengurusan Putrajaya supaya diadakan kedai-kedai makanan dan barangan sepanjang jalan tengah Putrajaya. Dalam pada itu pusat hiburan ringan juga perlu diadakan.

12. Pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru hampir 100,000 orang, kebanyakannya Melayu telah dihibur dengan lagu-lagu merdu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan.

13. Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya.

14. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa.

Gaya Seorang Penyanyi Luar di  HRC Penang

15. Saya tak pernah pergi ke Hard Rock Café. Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu kepada hiburan. Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran.

16. Perubahan sedang dilakukan oleh Tan Sri Aseh kepada Putrajaya. Saya lihat semakin ramai pelawat datang ke Putrajaya sebelah malam kerana perubahan-perubahan ini.

http://chedet.cc/?p=1190

Norain Yusoff - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger

Posted: 15 Feb 2014 11:34 AM PST

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Suasana Pagi Di Homestay Kg. Beng yang sangat dingin.. =)

 ..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik lagi hensem. Hehehe.. Seperti yang dijanjikan oleh Ain dalam entry yang lepas BACA SINI, Ain nak bercerita tentang kisah Ain dan Sahabat Media menaiki bot pada pukul 4 pagi di dalam suhu mungkin 16'celcius.. Memang macam duk lam aircond lah angin yang menyapa pipi pada malam tuh.. =.="

Memang, pada malam tuh, kitaorang terpaksa menunggu giliran untuk naik bot. Dengan matanya dah lalok, dan hujan renyai-renyai plak tuh.. Memang otak takleh nak berfikir langsung, cuma bantal dan selimut jek nampak kat mata time uh..

Sesampainya kami kat sana, perasaan excited dan ingin tahu macam mana lah Homestay Kg. Beng nih kan, memang sangat mengumbirakan hati... Kami disambut dengan samar-samar nyalaan pelita betik yang dipacak di setiap laluan penjalan kaki di tebing sungai Kg. Beng.

Sedikit taklimat dan minuman ringan disediakan untuk semua Sahabat Media pada pagi itu... Sampai jek kat umah keluarga angkat, Ain bersama Iffah, Dik Bee, Kak Linda dan adiknya Myra apa lagikan.. bersihkan diri dan tarik selimut tutup lampu dan tidur.. Krooohh.. Kroohhh..

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Bila matahari dah muncul.. Barulah kami nampak macam mana suasana Homestay Kg. Beng ini sebenarnya.. SubhanaAllah.. Sangat indah, kabus-kabus kat bukit dan gunung tuh, kita semua boleh nampak. Suasana yang dingin tuh, memang menenangkan fikiran kitaorang semua. Tambah-tambah lagi, pepagi mak angkat kami dah sediakan nasi lemak, yang mana sambal bilis die.. memang MARVELOUSSS!!

Pagi tuh, kami bersiap sedia untuk pergi ke Pesta Makanan Tradisional di Dataran Lenggong. Sebelum tuh, nah... ain kasi korang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar dek zaman nih.. Memang sangat berlainan dengan tempat kita di bandar metropolitan tuh. 


Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ada gerai utnuk lepak-lepak kat belakang umah kami

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Permandangan depan umah kami

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ini lah umah Keluarga angkat Ain.. =)

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Pancor atau Pelita betik yang ain cerita tadi..

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Semua dah berebut-rebut nak naik bot haaa...

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Raban
Rupa-rupanya, sungai yang kami lalu pada malam tuh, bukannya sungai.. tapi tasik..=.=" Tasik Raban merupakan sebahagian daripada Tasik Chenderoh yang terhasil daripada pembinaan empangan janakuasa elektrik Chenderoh yang terletak di Sauk. Tasik nih diberi nama Tasik Raban bersempena nama Kampung Raban yang berdekatan. 
Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Dikbee, Ujang dan Iffah

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Haaa.. semua nak kemwhor.. Najib, Abah Careno dan Mr. Redscarz  

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ujang menunjukkan bakat mendayung sampan..ekekekeke =P

Untuk pengetahuan semua, daripada jeti Tasik Raban tuh ke jeti Homestay Kg. Beng mengambil masa selama 30 minit.. Memang menung jugak lah ingat kat pakwe lama masa naik bot nih.. hehehe... *gurau jek* 

Setiap keluarga di Kampung Beng ini mempunyai sebuah bot. Dieorang akan ke pasar, sekolah, bandar atau kemana saja dengan menaiki Bot.

Bagi dieorang bot nih lah yang menajdi kenderaan rasmi.. heee.. Sebenarnya, ada jek jalan raya untuk ke Kampung Beng nih atau Kg. Ring nih, tapi jalan darat tuh jauh dan jalannya hanya muat satu kereta jek.. Kiranya, klu ada kereta bertembung, memang...errrrkkk.. Puuhhh semangat kan.. Jalannya pon tak bape nak elok sangat... So, penduduk kampung nih lebih selesa menaiki bot... =)

Kat bawah nih, Ain lampirkan keratan Brosur Homestay By Rail nih untuk korang semua. Mana lah tahu kan, korang terasa nak p honeymoon ke, nak p bercuti, istirehat bersama keluarga dan kawan-kawan ke.. haaa... Jom ushaaa pakej yang disediakan~

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Sangat menarik bukan, banyak aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Bukan setakat Homestay Kg. Beng jek yang ada, tapi ada jugak Homestay Bukit Gantang, Homestay Klah dan lain-lain lagi... Korang pilih jek.. rasa berkenan kat hati jek, terus boleh kol no. yang tertera kat brosur tuh...

Pengalaman yang sangat unik dan tak dapat dilupakan nih, Ain abadi kan dalam blog nih.. Semoga dapat memberikan serba sedikit info dan panduan kepada korang semua utnuk bercuti di Malaysia nih. Sempena tahun Melawat Malaysia 2014 nih, jom lah kita support industri pelancongan negara kita nih... ^_^


Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Ehh.. tunggu jap..belum habis... Hehehehe... Kepada korang yang nak mencuba menginap di Homestay-homestay nih bersama keluarga angkat yang sangat sporting dan mengekalkan tradisi yang tersendiri nih, korang boleh hubungi.....

"EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL"

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)

Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

109, Jalan Ampang,

50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480

E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Ehh.. Macam tak habis cite jek kan..yup.. ade lagi tau cite nyee.. tunggguuu next entry tau.. Kisah Pengalaman Ain Naik Bot, Pesta Makanan Tradisional Lenggong dan juga Dinner bersama keluarga angkt di Homestay Kg.Beng..  Haaa.banyak lagi yang Ain nak cite... >.< stay tuneddd..!! Adios~

No comments:

Post a Comment

Post Popular