Friday 18 April 2014

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search


kelazatan <b>makanan</b> &#39;buffet garden barbeque&#39; <b>di</b> picc <b>putrajaya</b>

Posted: 13 Apr 2014 10:24 PM PDT

Merancang untuk makan malam sambil berlatar belakangkan pemandangan indah dan romantis? Garden BBQ di Putrajaya International Convention Center (PICC) lah tempatnya. Baru-baru ni, saya berpeluang merasai keenakan makanan di sini sambil menikmati keindahan malam Putrajaya yang sememangnya terkenal dengan limpahan cahaya lampu malam.

Selain Barbeque Garden, anda juga boleh menikmati buffet tengahari di PICC dengan harga serendah RM15 untuk 65 menu yang exclusive dan sedap. Murah? Memang murah dan berbaloi-baloi. Jangan lupa terjah tau.

BUFFET LUNCH DI PICC PUTRAJAYA

Berbalik pada Garden Barbeque di PICC Putrajaya, ia lebih exclusive berbanding buffet tengahari. Anda boleh pilih nak meja berdua ke, meja ramai-ramai... Harga untuk Garden BBQ PICC adalah RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas. Yang pasti, anda bakal berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. 

http://www.kisahtatie.com/

Pemandangan Putrajaya dari sini

Saya difahamkan bukan calang-calang chef yang menyediakan makanan di Garden BBQ PICC ni. Kebanyakan mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari. Ada yang berpengalaman bekerja sebagai chef di hotel-hotel terkemuka di negara ini. Jadi faham-fahamlah 'air tangan' chef yang berpengalaman ni lagi sedap kebiasaannya.

Garden BBQ di PICC Putrajaya

Garden BBQ di PICC Putrajaya

Jalan untuk ke Garden BBQ

Uih, tak sabar nak tunggu semuanya dipanggang

terbaik 

Romantik tak?

bentuk kapal .. katanya

Seterusnya, bersiap sedia untuk scroll ke bawah.. Awas!! Bagi sesiapa yang berpuasa, lepas berbukalah baru lihat. Risau nanti terus jadi lapar pula. Hahaha.

Barbeque

(Ikan Dori, Udang, Kambing dan Ayam)

Gulp..!!! Rileks. Baru hidangan panggang. Haha. Ada banyak lagi yang dihidangkan. Bukan setakat barbeque, malah hidangan lain seperti western food, salad, dessert dan lain-lain pun ada. Bawa bertenang. Untuk barbeque ni, makanan dihidangkan dengan aneka kuah mengikut citarasa pilihan anda. Korang boleh pilih nak mint sauce ke, mushroom ke, barbeque ke dan lain-lain. 

Pelbagai salad / sayur-sayuran

Rambang mata betul nak pilih mana. Semuanya sedap dan fresh. Sebenarnya banyak lagi pilihan, tapi cukuplah saya saya ambil gambar yang ni sahaja. Kang ada yang tergigit jari gara-gara lapar. Haha.

Juadah manisan mulut (dessert)

Bagi yang mengenali saya, memang dah tahu saya ni 'hantu dessert'. Dapat pula dinner di sini. Apa lagi, memang ulang-aliklah ke bahagian dessert. Antara semua ni, korang wajib try red velvet dia. Itu yang paling cepat habis. Make sure, ambil yang tu dulu sebelum yang lain-lain. Hehe.

Kuih Melayu

Kuih-muih tradisional pun ada. Western-western juga. Makanan lidah kita jangan sesekali dilupakan. Haaa, sebut pasal ni, saya boleh berpatah balik bila terkenang bubur durian PICC. Alkisahnya memang dah nak balik time tu, tetiba teringat bubur ni. Boleh postponed kejap dan duduk balik. Haha. Nikmatnya bila pekena bubur durian. Ehh, den jugak hantu durian. Mana boleh miss tang ni? Kannn. Haha.

Masakan Barat (Western Food)

Ini satu lagi yang saya suka especially 'baked potato with cheese' dia. Yummy, yummy. Actually ramai di antara kami ingatkan tu lasagne. Haha. Lawak-lawak. Tapi memang sedap. Teruja di saat suapan pertama, terus tebalkan muka dengan sesi tambah menambah. Mohon sesiapa nampak, abaikan je lah. Sebabnya saya kalau dah suka, memang tak hirau dah pasal sekeliling. Hahaha. *bini sapelah ni*

antara orang kuat Garden BBQ PICC

Selain tu ada juga counter makanan untuk Popia dan juga Air Batu Campur (ABC) & Cendol. Yang ni seperti biasa, korang kena pergi sana dan mereka buat time tu juga. Fresh uolsss. 

Popia Basah

Cendolku tanpa cendol .. eh? camana tu.. haha


Gendang gendut tali kecapi, Kisah Tatie kenyang readers suka hati.. Eh? *tetiba* hahaha. Bagi sesiapa yang tengah plan nak suprisedkan pasangannya dengan makan malam romantik, bolehlah ke sini. Lebih-lebih lagi time bintang tengah bertaburan di langit. Perghhh, romantik habis. Jangan hujan lepas tu sudahlah. Haha.

Garden BBQ PICC ni dibuat sebulan sekali. Yelah, kalau berkali-kali takdelah exclusive. Tapi tak tahulah pada masa akan datang camana pula. Semuanya tertakluk pada PICC. Hehehe.


Garden BBQ PICC

Save your date people!!!

Garden Barbeque (BBQ) di PICC

25 April | 30 May | 27 June

6 petang - 10 malam

Burpppp...Terlebih makan pula.  *ops*

Maklumat lanjut mengenai BBQ GARDEN PICC ni bolehlah layari :

Website :

Facebook :

atau pergi contact mereka terus ..

Putrajaya International Convention Center (PICC)

Dataran Gemilang, Presint 5,

62000 Putrajaya

No Telefon PICC Putrajaya

03 8887 6000

Email PICC Putrajaya

enquiry@picc.com.my

Hashtag

#BBQPICC

Peta/Map Untuk Ke PICC

Koordinat GPS PICC

2° 53′ 42″ N, 101° 40′ 36″ E
2.895, 101.676667

No comments:

Post a Comment

Post Popular