<b>MAKANAN TRADISI</b> PAHANG - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger - Blog Makanan di Putrajaya |
- <b>MAKANAN TRADISI</b> PAHANG - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger
- Norain Yusoff - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger
- Google Blog Search - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger
- Laksa Sarawak - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger
<b>MAKANAN TRADISI</b> PAHANG - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger Posted: 13 Feb 2014 11:40 AM PST ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Norain Yusoff - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger Posted: 15 Feb 2014 11:34 AM PST
..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik lagi hensem. Hehehe.. Seperti yang dijanjikan oleh Ain dalam entry yang lepas BACA SINI, Ain nak bercerita tentang kisah Ain dan Sahabat Media menaiki bot pada pukul 4 pagi di dalam suhu mungkin 16'celcius.. Memang macam duk lam aircond lah angin yang menyapa pipi pada malam tuh.. =.=" Memang, pada malam tuh, kitaorang terpaksa menunggu giliran untuk naik bot. Dengan matanya dah lalok, dan hujan renyai-renyai plak tuh.. Memang otak takleh nak berfikir langsung, cuma bantal dan selimut jek nampak kat mata time uh.. Sesampainya kami kat sana, perasaan excited dan ingin tahu macam mana lah Homestay Kg. Beng nih kan, memang sangat mengumbirakan hati... Kami disambut dengan samar-samar nyalaan pelita betik yang dipacak di setiap laluan penjalan kaki di tebing sungai Kg. Beng. Sedikit taklimat dan minuman ringan disediakan untuk semua Sahabat Media pada pagi itu... Sampai jek kat umah keluarga angkat, Ain bersama Iffah, Dik Bee, Kak Linda dan adiknya Myra apa lagikan.. bersihkan diri dan tarik selimut tutup lampu dan tidur.. Krooohh.. Kroohhh.. Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana TradisionalBila matahari dah muncul.. Barulah kami nampak macam mana suasana Homestay Kg. Beng ini sebenarnya.. SubhanaAllah.. Sangat indah, kabus-kabus kat bukit dan gunung tuh, kita semua boleh nampak. Suasana yang dingin tuh, memang menenangkan fikiran kitaorang semua. Tambah-tambah lagi, pepagi mak angkat kami dah sediakan nasi lemak, yang mana sambal bilis die.. memang MARVELOUSSS!! Pagi tuh, kami bersiap sedia untuk pergi ke Pesta Makanan Tradisional di Dataran Lenggong. Sebelum tuh, nah... ain kasi korang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar dek zaman nih.. Memang sangat berlainan dengan tempat kita di bandar metropolitan tuh.
Untuk pengetahuan semua, daripada jeti Tasik Raban tuh ke jeti Homestay Kg. Beng mengambil masa selama 30 minit.. Memang menung jugak lah ingat kat pakwe lama masa naik bot nih.. hehehe... *gurau jek* Setiap keluarga di Kampung Beng ini mempunyai sebuah bot. Dieorang akan ke pasar, sekolah, bandar atau kemana saja dengan menaiki Bot.Bagi dieorang bot nih lah yang menajdi kenderaan rasmi.. heee.. Sebenarnya, ada jek jalan raya untuk ke Kampung Beng nih atau Kg. Ring nih, tapi jalan darat tuh jauh dan jalannya hanya muat satu kereta jek.. Kiranya, klu ada kereta bertembung, memang...errrrkkk.. Puuhhh semangat kan.. Jalannya pon tak bape nak elok sangat... So, penduduk kampung nih lebih selesa menaiki bot... =) Kat bawah nih, Ain lampirkan keratan Brosur Homestay By Rail nih untuk korang semua. Mana lah tahu kan, korang terasa nak p honeymoon ke, nak p bercuti, istirehat bersama keluarga dan kawan-kawan ke.. haaa... Jom ushaaa pakej yang disediakan~ Sangat menarik bukan, banyak aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Bukan setakat Homestay Kg. Beng jek yang ada, tapi ada jugak Homestay Bukit Gantang, Homestay Klah dan lain-lain lagi... Korang pilih jek.. rasa berkenan kat hati jek, terus boleh kol no. yang tertera kat brosur tuh... Pengalaman yang sangat unik dan tak dapat dilupakan nih, Ain abadi kan dalam blog nih.. Semoga dapat memberikan serba sedikit info dan panduan kepada korang semua utnuk bercuti di Malaysia nih. Sempena tahun Melawat Malaysia 2014 nih, jom lah kita support industri pelancongan negara kita nih... ^_^ Ehh.. tunggu jap..belum habis... Hehehehe... Kepada korang yang nak mencuba menginap di Homestay-homestay nih bersama keluarga angkat yang sangat sporting dan mengekalkan tradisi yang tersendiri nih, korang boleh hubungi..... "EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL" Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi : Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) Malaysia Tourism Centre (MaTiC) 109, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480 E-mail: secretariat.rtam@gmail.com Ehh.. Macam tak habis cite jek kan..yup.. ade lagi tau cite nyee.. tunggguuu next entry tau.. Kisah Pengalaman Ain Naik Bot, Pesta Makanan Tradisional Lenggong dan juga Dinner bersama keluarga angkt di Homestay Kg.Beng.. Haaa.banyak lagi yang Ain nak cite... >.< stay tuneddd..!! Adios~ ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Google Blog Search - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger Posted: 11 Feb 2014 11:32 AM PST MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM), ABSTRAK Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola. ( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang ) PENDAHULUAN Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi. ASAL USUL NAMA RAUB Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub. Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'. Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu. Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang. Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan.. MASYARAKAT RAO DI RAUB Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak. Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:
KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:
KATA PENUTUP Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan. Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini. TAMAT DAFTAR PUSTAKA Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi. Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia. Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org. Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa. ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laksa Sarawak - Blog <b>Makanan di Putrajaya</b> - Blogger Posted: 20 Feb 2014 11:20 AM PST hai assalammualaikum Mata dah ngantuk tapi gagahkan diri untuk menaip..Harini nad menghabiskan masa dengan keluarga nad pergi ke Putrajaya. Harini merupakan hari terakhir Karnival Usahawan Desa di Putrajaya Presint 2. Dalam niat memang nak pergi, sebab nak jumpa member yang join sekali karnival ni dan nak tengok ada apa yang dijual disana selain kuih muih tradisional. Sampai di Putrajaya perkara pertama yang memeningkan adalah parking..haha..hari terakhir pun ramai lagi yang datang. Tapi alhamdulillah masuk je tempat parking ada orang nak keluar.terus masuk parking. masuk je dekat kawasan die memang penuh dengan manusia..kira karnival ni mendapat sambutan orang ramai. Pelbagai booth telah dibuka..apa yang nad nampak booth makanan, barang-barang antik dan tradisional, pakaian dan pertunjukan kereta. Kawan nad ade gak join karnival ni. Die tolong pakcik die jual durian crepe dan air kopi. boleh tahan gak lakunyer. Nad beli durian crepe dekat die, sedap marbelous. depan kedai die merupakan booth media prima..syok habis..nad tak sempat nak tangkap gambar. Sepanjang karnival die nampak artis kat booth tu..haha..untung booth die dekat dengan booth media prima. satu lagi booth hiburan nad pergi ialah TV Alhijrah..masa tu nampak pelakon Munir je..anak buah suruh amik gambar tapi disebabkan ramai orang tak dapat nak amik.. Ni pulak pertunjukan kereta yang paling awesome..2 kereta ni menrik minat nad..tengokla pintunyer tu..untungla awek dapat pakwa pakai kereta mcam ni..hahhaa..Nad dalam mimpi jele dapat kereta macam ni..kalau suh si jejaka mafia tukar kereta macam ni mau makan megi jele..tak pun makan dauh..hahaa..masa ni memang panas..panas-panas pun hantam jele..nak tengok kereta kan.. Yang ni pulak pelbagai jenis makanan dari semua negeri. Sarawak pun ada..mau makan apa..cakap je..tapi masa ni nad makan char keuw teow je..haha..penat..taknak makan berat-berat. ni la kalau dah bawak budak-budak..tak lain nak belon je..linkup duit makcik korang ni blanja korang..tak dapat nangis..adeh..nak taknak belikan jele.. sebelum balik..rehatkan diri mendengar lagu orang asli..hehhee..best jugak tengok diaorang main..orang asli sekarang semakin maju..so jangan pandang rendah dekat diaorang ok..pandai main muzik..pandai menyanyai..pandai berjoget..ade lagu rancak ade lagu slow..bila penat dah hilang mulalah kitaorang gerak nak balik..fuhh..memang penat tapi enjoyy.. ![]() |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Putrajaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment