Thursday, 30 January 2014

Norain Yusoff: Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang ... - Blog Makanan di Putrajaya

Norain Yusoff: Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 Yang <b>...</b> - Blog Makanan di Putrajaya


Norain Yusoff: Pesta <b>Makanan Tradisional</b> Lenggong 2014 Yang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 10:00 PM PST

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Pesta Makanan Lenggong 2014 Yang Sangat Unik

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014  Yang Sangat Unik | Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua. Sebelum Ain bercerita lebih lanjut tentang Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 nih, Ain nasihatkan kepada semua p makan dulu...

Haaa.. kenapa nak kena p makan dulu?? Nanti kan meleleh jek air liur tengok makanan tradisional Lenggong yang sangat enak dan mengiurkan nih..

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 nih telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Dato' Sri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Selain persamian pesta yang bakal diadakan setiap tahun nih, Pelancaran Buku Alam Dan Budaya Warisan Masakan Lenggong juga turut dirasmikan oleh Dato' Seri. 

Untuk pengetahuan semua, Lenggong nih telah diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Menjadi salah satu daripada 4 buah tapak Warisan Dunia UNESCO. Haa.. Hebat tak hebat..!! Banyak tempat Arkeologi yang terdapat di Lenggong nih..

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.. Sejuk dan berkabuss..pergghh~

Setelah menaiki bot selama 30 minit dan menaiki bus dalam 15 minit mungkin, akhirnya Sahabat Media sampai ke Dataran Lenggong.. Aihh.. sampai-sampai jek.. terus kami berjalan-jalan disekitar Pesta Makanan Tradisional Lenggong nih.. Banyak booth yang tersedia disini.. Dari booth makanan hingga lah kepada booth pameran seperti booth Bomba, Tourism Malaysia dan sebagainya.

Pesta Makanan Tradisonal Lenggong 2014 nih, melibatkan 19 buah kampung. Memamng sangat meriah dan setiap kampung menunjukkan keunikan masing-masing dalam penyediaan Makanan Tradisional Lenggong ini. Sepanjang pesta nih, ada jugak pertandingan memasak makanan tradisional, kukur kelapa, pertandingan nasyid, pertandingan makan buah durian, pertandingan tumbuk sambal belacan, demo masakan dan banyak lagi... 

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Antara model makanan tradisional Iffah dan Dikbee.. heee =P

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Pertandingan kukur kelapa

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Sambal belacan bertindih.. Kenapa bertindih? sebab ia diletak bertindih-tindih.. 

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Sambal Picit Ikan Kembong

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Sambal Kelapa

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Tengok lah sambal tuh... Gullpp!!

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Ikan Talapia mungkin.. entah lah.. Ain ngappp jek! hehe

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Rendang Daging Masak Hitam.. yeke?? ke Kerutuk daging?? ke sama jek??

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Ikan Pekasam..  Kat Homestay Kg.Beng terbaik lah ikan pekasam nya.. ;D

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Yang nih, ain tak tau lah ape die.. Rasenye Ikan Pindang.. =.="

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Sambal lagi..heeee

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Siput Sedut masak... ada labu kuning dalam nye.. ini kali ke-3 ain makan siput sedut.. i likoee~

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Kuih Muih tradisional

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 Yang Sangat Unik
Dato' Seri berjamu selera Makanan Tradisional Lenggong

Jadi, Alhamdulillah... burrppp!! kenyang tengok gambar makanan kan.. Dah pesan tadi.. p makan dulu.. asyik duk telan air liur jek dari tadi... hehehe.. Jadi kat bawah nih, ain tunjuk lah bagaimana Buku Alam Dan Budaya Warisan Masakan Lenggong. 

Dalam buku nih, korang bleh baca dan lihat tentang sejarah Lembah Lenggong, linkungan hidup masyarakat Lenggong, dapur tradisi Lenggong dan juga.. Haaa.. tentang 'Perak Man'.. jangan sangka ade Kluang Man dan Cicak Man jek kat Malaysia nih...ekeke

Jadi next entry, ain nak share ngan semua tentang gambar semasa kami semua naik bot dan keindahan Tasik Raban. Jutaan Terima kasih kepada  Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) kerana memberi peluang kepada semua Sahabat Media untuk mengenal dan merasai kemeriahan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 kali ini. Wassalam.. Adios~





Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana <b>Tradisional</b>

Posted: 25 Jan 2014 10:00 PM PST

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Suasana Pagi Di Homestay Kg. Beng yang sangat dingin.. =)

 ..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik lagi hensem. Hehehe.. Seperti yang dijanjikan oleh Ain dalam entry yang lepas BACA SINI, Ain nak bercerita tentang kisah Ain dan Sahabat Media menaiki bot pada pukul 4 pagi di dalam suhu mungkin 16'celcius.. Memang macam duk lam aircond lah angin yang menyapa pipi pada malam tuh.. =.="

Memang, pada malam tuh, kitaorang terpaksa menunggu giliran untuk naik bot. Dengan matanya dah lalok, dan hujan renyai-renyai plak tuh.. Memang otak takleh nak berfikir langsung, cuma bantal dan selimut jek nampak kat mata time uh..

Sesampainya kami kat sana, perasaan excited dan ingin tahu macam mana lah Homestay Kg. Beng nih kan, memang sangat mengumbirakan hati... Kami disambut dengan samar-samar nyalaan pelita betik yang dipacak di setiap laluan penjalan kaki di tebing sungai Kg. Beng.

Sedikit taklimat dan minuman ringan disediakan untuk semua Sahabat Media pada pagi itu... Sampai jek kat umah keluarga angkat, Ain bersama Iffah, Dik Bee, Kak Linda dan adiknya Myra apa lagikan.. bersihkan diri dan tarik selimut tutup lampu dan tidur.. Krooohh.. Kroohhh..

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Bila matahari dah muncul.. Barulah kami nampak macam mana suasana Homestay Kg. Beng ini sebenarnya.. SubhanaAllah.. Sangat indah, kabus-kabus kat bukit dan gunung tuh, kita semua boleh nampak. Suasana yang dingin tuh, memang menenangkan fikiran kitaorang semua. Tambah-tambah lagi, pepagi mak angkat kami dah sediakan nasi lemak, yang mana sambal bilis die.. memang MARVELOUSSS!!

Pagi tuh, kami bersiap sedia untuk pergi ke Pesta Makanan Tradisional di Dataran Lenggong. Sebelum tuh, nah... ain kasi korang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar dek zaman nih.. Memang sangat berlainan dengan tempat kita di bandar metropolitan tuh. 


Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ada gerai utnuk lepak-lepak kat belakang umah kami

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Permandangan depan umah kami

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ini lah umah Keluarga angkat Ain.. =)

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Pancor atau Pelita betik yang ain cerita tadi..

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Semua dah berebut-rebut nak naik bot haaa...

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Raban
Rupa-rupanya, sungai yang kami lalu pada malam tuh, bukannya sungai.. tapi tasik..=.=" Tasik Raban merupakan sebahagian daripada Tasik Chenderoh yang terhasil daripada pembinaan empangan janakuasa elektrik Chenderoh yang terletak di Sauk. Tasik nih diberi nama Tasik Raban bersempena nama Kampung Raban yang berdekatan. 
Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Dikbee, Ujang dan Iffah

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Haaa.. semua nak kemwhor.. Najib, Abah Careno dan Mr. Redscarz  

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional
Ujang menunjukkan bakat mendayung sampan..ekekekeke =P

Untuk pengetahuan semua, daripada jeti Tasik Raban tuh ke jeti Homestay Kg. Beng mengambil masa selama 30 minit.. Memang menung jugak lah ingat kat pakwe lama masa naik bot nih.. hehehe... *gurau jek* 

Setiap keluarga di Kampung Beng ini mempunyai sebuah bot. Dieorang akan ke pasar, sekolah, bandar atau kemana saja dengan menaiki Bot.

Bagi dieorang bot nih lah yang menajdi kenderaan rasmi.. heee.. Sebenarnya, ada jek jalan raya untuk ke Kampung Beng nih atau Kg. Ring nih, tapi jalan darat tuh jauh dan jalannya hanya muat satu kereta jek.. Kiranya, klu ada kereta bertembung, memang...errrrkkk.. Puuhhh semangat kan.. Jalannya pon tak bape nak elok sangat... So, penduduk kampung nih lebih selesa menaiki bot... =)

Kat bawah nih, Ain lampirkan keratan Brosur Homestay By Rail nih untuk korang semua. Mana lah tahu kan, korang terasa nak p honeymoon ke, nak p bercuti, istirehat bersama keluarga dan kawan-kawan ke.. haaa... Jom ushaaa pakej yang disediakan~

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Sangat menarik bukan, banyak aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Bukan setakat Homestay Kg. Beng jek yang ada, tapi ada jugak Homestay Bukit Gantang, Homestay Klah dan lain-lain lagi... Korang pilih jek.. rasa berkenan kat hati jek, terus boleh kol no. yang tertera kat brosur tuh...

Pengalaman yang sangat unik dan tak dapat dilupakan nih, Ain abadi kan dalam blog nih.. Semoga dapat memberikan serba sedikit info dan panduan kepada korang semua utnuk bercuti di Malaysia nih. Sempena tahun Melawat Malaysia 2014 nih, jom lah kita support industri pelancongan negara kita nih... ^_^


Homestay Kg. Beng Masih Mengekalkan Suasana Tradisional

Ehh.. tunggu jap..belum habis... Hehehehe... Kepada korang yang nak mencuba menginap di Homestay-homestay nih bersama keluarga angkat yang sangat sporting dan mengekalkan tradisi yang tersendiri nih, korang boleh hubungi.....

"EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL"

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)

Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

109, Jalan Ampang,

50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480

E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Ehh.. Macam tak habis cite jek kan..yup.. ade lagi tau cite nyee.. tunggguuu next entry tau.. Kisah Pengalaman Ain Naik Bot, Pesta Makanan Tradisional Lenggong dan juga Dinner bersama keluarga angkt di Homestay Kg.Beng..  Haaa.banyak lagi yang Ain nak cite... >.< stay tuneddd..!! Adios~

No comments:

Post a Comment

Post Popular