Friday, 17 January 2014

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search


MEMMETLENGGENG: Harga <b>makanan</b> yang melambung tinggi

Posted: 12 Jan 2014 07:32 PM PST

p/s : Sebenarnya entri ini dibuat pada hari Sabtu yang lalu, tapi kerana masa itu feedblog ada masalah, jadi saya masukkan semula dalam draf. Lepas itu terlupa pula, jadi hari ini terus saya publishkan.

******************************

Petang semalam saya singgah dipasar putrajaya presint 8 untuk beli petai. Cadangnya nak masak sambal udang petai. Malangnya petai habis dijual. Kemudian terjumpa seorang kawan yang mencari petai juga. Sebab dipasar itu tak ada, dia nak ke pasar tani di presint 2, katanya kalau nak kirim, dia boleh hantar ke rumah, baiknya hati kawan tu, tapi rumah saya jauh sangat, tak sampai hati menyusahkan. Saya memang tak nak ke pasar malam itu, crowded, parking jauh, jalan jem.

Terlanjur di pasar presint 8 itu, sayapun pusing-pusing survey harga makanan. Oleh kerana di rumah ada udang, saya pergi kegerai mejual makanan laut dan tanya harga sekilo udang di sini. Wahhh..udang kertas yang dulu tak sampai RM 10, sekarang dah jadi RM20! Harga udang biasa pula RM30! Mahalnya. Masa itu baru saya sedar tentang kenaikan melambung harga makanan. Terasa sedih pula bila mengenangkan ramai orang diluar sana tak akan mampu beli udang dengan harga macam ini. Bukan semua orang di Putrajaya kaya pun. Saya sudah lama di sini dan berjumpa ramai level penduduk. Dari yang kaya-raya sampailah yang susah nak makan pun ada. Luaran memanglah Putrajaya nampak mewah, namun ada juga yang miskin. Jadi pada yang susah, pilihan yang ada, telur kut? Tapi terus terang cakap, di Putrajaya kalau rajin dan berani, mudahnya mencari rezeki + doa kepada Allah. Ia sebenarnya lubuk rezeki bagi orang Islam.

pasar presint 8
Oleh kerana harga udang yang berlambungan bagai tsunami di skala ritcher 9, terus saya tak jadi tanya harga makanan lain dan masuk ke kereta. Budak yang jual itu, walaupun sudah pegang plastik, saya minta maaf saja dan kulat-kulat melihat saya berlalu. Kalau ada 20 pelanggan yang biasa beli udang satu hari dan kurang kepada 10, tidakkah budak itu rugi? Mesti akhirnya tutup kedai begitu aja. Sayapun tak tahu nak kata apa lagi, ekonomi ini ada kitarannya, macam rantaian makanan juga.

Sebenarnya udang dirumah saya adalah pemberian bapa mertua. Ia dibeli ketika masih fresh, baru diangkat dari sungai di Sabak Bernam. Syukur Alhamdulillah. Saya bercadang nak masak sambal udang petai. Suami saya pula penggemar tempoyak. Maklumlah, anak jati Perak. Akhirnya saya masak dua-dua sekali, sambal udang tanpa petai dan udang masak tempoyak. Tempoyak itu pula pemberian emaknya di Teluk Intan. Balik yang dulu dia siap-siap bekalkan satu tong tempoyak untuk anaknya, hah, ambik kau, kenalah saya masak selalu. Tapi separuh lagi tempoyak itu saya berikan pada kak ipar yang tinggal di Damansara. Emak mertua saya ini sayangkan suami saya, walaupun anak angkat sahaja. Anak angkatpun, anak saudara juga. Suami saya kembar, dia diserahkan kepada makciknya sejak dari lahir lagi. Manakala kembarnya dipelihara oleh emak dan ayah kandungnya di Kuala Lumpur. Pernah bila ada sepupu yang ingin bertandang ke rumah kami, emaknya bangun pukul 4 pagi masak tempoyak ikan sembilang untuk dikirimkan. Terharu sangat suami saya. Syukur Alhamdulillah. Tapi emak kandungnya sendiripun tidak putus kasih juga.

bukan nak menunjuk-nunjuk, maaf ye, nak menunjukkan contoh sahaja
udang tempoyak, yang masak dalam bekas ini terus bawa ke meja. Ini bekas dua dalam satu, boleh guna untuk masak dan untuk hidang juga, macam vision atau pyrex, tapi tidaklah mahal sangat seperti brand tersebut. Saya dah lupa brandnya, kata kawan saya yang jual, orang Jepun suka periuk ini, kilangnya di Perlis atau Kedah. Ia banyak di eksport.
udang tanpa petai saya, jadilah..huhu. Alhamdulillah

peringatan tun dr. mahathir - tidak boleh ada arak & lucah <b>di putrajaya</b>

Posted: 07 Jan 2014 06:27 PM PST

1. Saya berterimakasih kerana interpretasi yang sering dibuat berkenaan pemikiran saya. Tetapi kadang-kadang interpretasi berbeza dari pemikiran saya yang sebenar.

2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuah Bandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan ini.

3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris.

4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris.

5. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran.

6. Tingkat bawah bangunan-bangunan ini terdapat kedai-kedai makan dan barangan dan juga pusat hiburan seperti Lido. Memanglah restoran menjual barangan yang tidak halal.

7. Sesungguhnya Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan pelancong dalam dan luar negeri sepanjang masa. Ramainya mereka di sini kerana terdapat kedai dan restoran mewah. Lido mempunyai tarikan hiburan yang istimewa.

8. Kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris. Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan pejabat Kerajaan semata-mata. 

9. Di Negara maju terdapat CBD – Central Business District yang penuh dengan pejabat-pejabat syarikat terkemuka di Bandar besar. Pada siang hari ramailah pekerja dan pelawat membanjiri CBD. Apabila pejabat tutup pada 5 petang, CBD menjadi senyap sunyi. CBD juga berbahaya pada waktu malam kerana ramai penjenayah merayau-rayau dan menyamun orang yang masuk kawasan ini.

10. Sudah tentu jika ramai orang terdapat di mana kawasan, kemungkinan penjenayah bermaharajalela akan berkurangan.

11. Saya cadang kepada pengurusan Putrajaya supaya diadakan kedai-kedai makanan dan barangan sepanjang jalan tengah Putrajaya. Dalam pada itu pusat hiburan ringan juga perlu diadakan.

12. Pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru hampir 100,000 orang, kebanyakannya Melayu telah dihibur dengan lagu-lagu merdu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan.

13. Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya.

14. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa.

15. Saya tak pernah pergi ke Hard Rock Café. Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu kepada hiburan. Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran.

16. Perubahan sedang dilakukan oleh Tan Sri Aseh kepada Putrajaya. Saya lihat semakin ramai pelawat datang ke Putrajaya sebelah malam kerana perubahan-perubahan ini.

No comments:

Post a Comment

Post Popular