Wednesday, 25 June 2014

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search

12) Makanan di Putrajaya - Google Blog Search


Marriott <b>Putrajaya</b> Buffet Ramadhan Dari RM77 - Blog Bicara <b>Makan</b>

Posted: 22 Jun 2014 06:00 PM PDT

Marriott Putrajaya Buffet Ramadhan Dari RM77 - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ini Mahamahu menikmati makan buka puasa di Marriott Putrajaya kalau melalui lebuh raya Lembah Klang Selatan menghala Kajang akan ketemui Marriott Putrajaya di kawasan IOI Resort. Bila masuk dengan suasana yg tenang dan juga bangunan yg cantik memang tempat ini exclusive. buffet Ramadahan bermula dari RM135nett untuk dewasa dan RM77nett untuk kanak2 5-12 tahun cukup sesuai.


Tema buffet Ramadhan di sini adalah lebih kepada santai dan juga hiburan sambil menikmati makanan panas yg di masak secara live untuk tetamu. Memang hebat dan best kerana terlalu banyak pilihan makanan untuk anda makan dan juga di masak oleh chef2 secara langsung depan mata bagi kesegaran kepada tetamu. Kat sini di bahagikan kepada beberapa section utama untuk anda memilih makanan. Jom kita tgk satu2 section dan menu apa di sediakan untuk tetamu yg hadir.


Bahagian pertama adalah SIMFONI 7 hidangan masakan kawah yg cukup popular di Malaysia. Antara menu yg di sediakan dalam kawan ini adalah seperti Ikan Asam Pedas, Daging Gulai Kawah, Perut Masak lemak Cili Api, Jenahak Tempoyak dan Gulai Rusa Tulang Rawan. Bagian kedua juga di masak secara live depan mata dalam kawah di panggil Kawah Craze. Ini adalah menu special chef di sana, di mana makana laut popular seperti Kerang, Siput, Udang, Sotong dan Siput Buluh di masak dalam sos special di hasilkan oleh chef sendiri.

 


Untuk bahagian panggang di sini di sediakan Kambing Panggan dan juga Peha Lembu Panggang. Memang manjadi menu sasaran bila berbuka puasa. Manakala bahagian bakar yg di masak secara langsung depan mata lagi sedap sebab bau panggang tu memang memanggil-manggil. Kat sini tetamu semua boleh pilih sendiri seafood atau daging yg hendak di bakar panas. Memang banyak pilihan ada Udang, Sotong, Ketam, Ikan Pari dan mcm2 lagi semua ni boleh di makan bersama sos khas yg di sediakan.

 


Makanan popular celup-celup juga ada kat sini siap bawa satu lori lagi khas untuk buffet Ramadhan di Marriott Putrajaya ini. Di panggil Low's Lok-Lok Truck menyediakan makanan celup-celup yg boleh di pilih sendiri dan panas2 lagi. Bagi yg minat rojak atau Pasembur kat sini ada bahagian khas untuk semua jenis rojak dari Penang untuk anda nikmati.


Bahagian akhir yg peling penting adalah bahagian pencuci mulut untuk anda yg berpuasa menikmati makanan manis2. Kat sini menurut kata chef special pencuci mulut adalah di hasilkan melalui bahan utama iaitu Kurma. Semua dissert di hasilkan menggunakan bahan kurma dan ia di sediakan khas untuk mereka yg mengamalkan kesihatan dan diet. Di sini ada Kurma Smoothie, Kurma Pudding, Kurma Cheese Cake dan juga buah Kurma untuk di nikmati. Kalau yg suka makan buah-buahan juga ada sediakan khas bahagian buah-buahan fresh terutama Raja Buah iaitu Durian. Boleh di makan segar dan di kupas sendiri oleh chef di sana.


Mahamahu memang rasa puas hati kalau nak dtg sini buka puasa memang banyak pilihan dan sedap2. Rugi tak dtg kalau bulan puasa ini memang ia khas untuk seluruh warga KL dan Selangor yg berhampiran. Buffet Ramadhan ini akan bermula dari 2 Jun hingga 25 July 2014. Bagi yg buat tempahan awl sebelum 30 June ini akan dapat tawaran harga RM120nett untuk seorang. Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi mereka seperti di bawah.

MARRIOTT PUTRAJAYA HOTEL
Tel : 03 - 8949 8888
Email : food.bev@marriottputrajaya.com
Website : www.marriott.com/kulpg

Terima kasih kepada team Dineout kerana menjemput Mahamahu untuk review di Marriott Putrajaya untuk buffet Ramadhan kali ini. Dineout adalah satu lagi directory yg di sediakan untuk mencari atau mendapatkan informasi tempat makan menarik dan terbaik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Post Popular