12b) Makanan pelik di Putrajaya - Google Blog Search |
12b) <b>Makanan pelik di Putrajaya</b> - Blog Makanan di Malaysia - Blogger Posted: 17 Apr 2014 03:14 AM PDT 5 "AWAK tinggal beritahu kereta yang mana awak inginkan. Kita pandu keluar." Confident sahaja dia offer sebuah kereta buat Aisha. Mahu babah tahu, kelu lidah dia hendak menjawab. Duit tidak menjadi masalah buat Ivan, leteran dari babah sahaja yang buat dia pening kepala. "Kereta kebal ada?" Aisha sekadar memerhati ruangan showroom. Kereta-kereta mewah yang terpamer di situ hanya memberi satu makna sahaja kepada Aisha iaitu kemudahan. "Awak nak pergi berperang ke?" "Hihihi... tak adalah. Saja bergurau. Saya dah biasa ke mana-mana dengan LRT mahupun pengangkutan awam yang lain." "Laaa... saya nak bagi awak kereta, awak tolak pula?" "Awak nak bagi tapi saya tak cakap saya nak terima." "Habis ke mana-mana kita pergi, saya kena naik pengangkutan awamlah kalau begitu?" "Ya, Encik Ivan Hayden. Kalau tak pun, awak masih boleh naik kereta awak dan saya naik public transport. Kita bertemu di mana sahaja lokasi yang dijanjikan. Saya rasa tiada masalah." Pertemuan yang diatur cukup mudah. Sama seperti apa yang berlaku kepada mereka setiap kali ingin berjumpa. Hari ini, Aisha hanya meminta Ivan mengirimkan mesej akan lokasi syarikat Brittany. Tidak menjadi masalah bila ada pengangkutan awam yang melalui kawasan menempatkan syarikat tersebut. Bas ada, teksi pun banyak. "Encik Hayden..." Aneesa yang merupakan setiausaha syarikat mendekati kedudukan dirinya dan Aisha di sebelah kiri ruang showroom. Ivan menoleh, "Ya, saya." "Boleh semak beberapa dokumen yang saya kepilkan sebelum Encik Hayden turunkan tandatangan di sini?" "Sekejap ya, awak." "Oh, okey." Aisha mengambil jarak bila Ivan ke bahagian front desk syarikat Brittany. Dia memerhatikan Ivan meneliti dokumen-dokumen yang ada dari jauh. Aura lelaki itu semasa bekerja ternyata berbeza berbanding saat berada di universiti. Jika di universiti, Ivan kelihatan sangat relaks dan kasual. Berada di sini, terserlah sisi yang lain daripada yang sebiasa Aisha lihat. Semuanya melibatkan urus niaga pengeksportan kereta-kereta keluaran syarikat ke Eropah. Ia membuatkan Ivan berfikir tentang sesuatu sebelum menurunkan tandatangannya. "Aneesa, awak ada dapat panggilan daripada kilang kita di Kedah?" "Belum lagi Encik Hayden, mungkin petang sedikit rasanya." "Kalau mereka telefon, maklumkan kepada saya secepat mungkin sebab kapasiti pengeluaran kereta di kilang yang terletak di Sik tu akan ditambah. Jadi, untuk barisan pertama selepas perubahan dibuat, saya nak tahu sama ada terdapat masalah atau tidak untuk jenama Mercury dan Prestigue disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan." "Baiklah, saya akan maklumkan sekiranya terdapat panggilan yang dibuat." "Oh, ya... hari ni babah saya masuk lambat ke?" Baru Ivan perasan, sejak dia tiba tidak sampai setengah jam tadi, tidak kelihatan pula Datuk Rill Hayden membuat rondaan di ruang showroom. Selalunya, itu antara hobi babahnya yang tidak dapat dikikis saban hari. "Datuk dah masuk awal pagi dan sejam selepas itu keluar bertemu klien di Subang Jaya. Katanya akan terus ke Kelana Jaya. Khabarnya ingin berjumpa dengan wakil dari kilang di Thailand pula untuk berbincang akan kontrak edaran kereta ke pasaran Asia Tenggara. Rasanya Datuk tak masuk pejabat selepas itu." "Terima kasih, Aneesa." "Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Encik Hayden?" "Hmmm... rasanya tak ada. Nanti kalau saya perlukan bantuan, saya akan panggil awak semula." "Baiklah kalau begitu." Ivan beralih dari front desk menuju ke arah Aisha. Gadis itu masih tekun memerhati kereta-kereta yang ada terpamer di ruang tersebut. "So, dah fikir nak pilih kereta yang mana?" "Awak nak buat apa beli kereta banyak-banyak? Kereta yang awak pandu setiap hari tu dah cukup untuk memudahkan awak ke mana-mana." "Tapi, saya nak berikan hadiah untuk awak." "Awak nak berikan saya hadiah?" Aisha ingin mengetahui sebab-musabab Ivan ingin memberikan hadiah kepadanya. Hari lahirnya lambat lagi dan tak mungkin Aisha berbesar hati menerima sebuah kereta sebagai hadiah hari lahir. Itu bukan cara Aisha. "But, why? Hanya kerana saya selalu gunakan public transport?" Ivan terus mengangguk. Dia risau setiap kali Aisha ke mana-mana malah menemuinya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau Aisha memiliki kenderaan sendiri, kuranglah sedikit rusuh di hatinya memikirkan keadaan gadis itu di jalan raya. "Hihihi... niat baik awak saya hargai. Tetapi, jujur saya katakan saya selesa dengan cara saya dan saya tak mahu termakan budi manusia dengan mudah. Saya harap awak hormati pendirian saya." Nampaknya pertemuan mereka berdua di syarikat Brittany tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh Ivan. Hendak mengeluh pun tiada guna. Sedikit sebanyak dia memahami dengan lebih mendalam akan keperibadian Aisha dari kaca matanya sendiri. Memang tidak silap dia berusaha mengenali Aisha kerana dia nampak banyak kelebihan gadis itu berbanding gadis-gadis lain di luar sana. "Awak..." "Ya, saya." "Boleh saya minta izin untuk gunakan ruang solat di bangunan ni?" Dalam hati, Aisha mengharapkan bahawa ada disediakan ruang solat untuk pekerja-pekerja muslim di syarikat Brittany. Maklum bahawa bangunan tersebut cukup besar dan luas, rugi sekiranya tidak dimanfaatkan dengan menyediakan ruang solat untuk tujuan beribadah. Ivan jadi tak pasti pula. "Hmmm... sekejap ya?" Macam mana dia nak pastikan, kalau dahi tu dah lama tak menyentuh sejadah dalam erti kata ikhlas beribadah. Solat yang lima waktu, sering kali bertebaran entah ke mana. Apa yang dia tahu, setiap hari Jumaat dia dan Eric ditarik mengikuti Ted ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, itu sahaja Aisha hanya memerhati bila Ivan mendekati kedudukan meja Aneesa. Mereka berbicara seketika. Sesekali kelihatan Ivan menganggukkan kepala namun Aisha tidak mendengar langsung butir perbualan di antara mereka berdua. Dia hanya memandang ke lain bila langkah Ivan diatur kembali ke arahnya. "Ruang untuk solat ada di tingkat dua. Telekung pun ada disediakan. Awak nak saya tunjukkan arahnya?" "Awak tak nak solat sekali?" "Maksud awak berjemaah?" "Ya. Bukankah pahalanya lebih berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan solat bersendirian?" "Tapi memikul tugas sebagai seorang imam bukan perkara mudah, Cik Aisha. Besar tanggungjawabnya. Saya tak boleh nak sesuka hati mengimamkan awak sedangkan solat sendiri pun belum tentu saya dapat khusyuk apatah lagi hendak berjemaah." Malu memanglah malu, tetapi benda betul takkanlah Ivan nak ambil ringan sahaja. "Kalau macam tu, tak apalah. Lain kali mungkin." Nada ayat 'lain kali mungkin' itu kedengaran semacam sahaja di telinga Ivan. "Sekarang ni, kita solat zohor dahulu. Asing-asing pun tak mengapa, janji kita tunaikan apa yang wajib." Sempat lagi Aisha tersenyum. Dia nampak banyak lompang kekurangan yang cuba disembunyikan oleh Ivan tetapi itu lebih baik dari tersimpan. Mana yang elok, Aisha akan cuba sehabis baik untuk membantu. Sama-sama memperbaiki kelemahan dalam diri dengan saling memberi dan menerima. Selagi Allah SWT memberikan kesempatan buatnya memperbaiki diri, tiada ruginya jika hamba-Nya beriltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di samping itu mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke jalan yang diredai-Nya. "Kita ke tingkat dualah kalau begitu..." Ivan sudah melajukan langkah berjalan di bahagian hadapan. Aisha hanya mengekori. Mereka mendaki tangga ke tingkat dua dan Aisha dapat melihat ruangan di tingkat atas nyata berbeza dengan ruangan showroom di tingkat bawah. Di sini terdapat banyak bilik yang digunakan untuk pekerja-pekerja juga bahagian pentadbiran. Kelihatan beberapa orang pekerja Brittany berada di meja masing-masing, melunaskan tanggungjawab seharian. Sempat jugalah mereka memandang ke arah Ivan dan Aisha yang baharu sahaja tiba ke ruangan tersebut. "Kalau awak nak tahu, inilah ruang kerja saya jika saya masuk ofis." Ivan menunjukkan sebuah bilik yang menampilkan nama juga jawatannya di muka pintu. Belum masanya dia mengajak Aisha masuk apatah lagi mereka berdua sahaja sekarang ini. "Oooh... okey." Mereka meneruskan langkah ke sebelah kiri. Terdapat ruang pantry juga ruang solat yang terletak saling berhampiran. Kalaulah Aneesa tidak memaklumkan, pasti Ivan sendiri tidak perasan ruang tersebut adalah tempat untuk warga Brittany mengerjakan solat. Ivan pun hanya sesekali sahaja ke bahagian pantry, jadi dia memang tak ambil pusing sangat akan lokasi tersebut. "Awak solatlah dahulu, take turn..." Tak bolehlah nak main serbu masuk berdua kerana ruang solat itu hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu-satu masa dan tak manis pula jika ada pekerja lain yang melihat. "Saya tunggu awak dekat pantry." Aisha hanya mengiyakan sebelum dia melangkah masuk ke ruang solat yang ada. Pintu dikunci dari dalam. Dia bergerak ke tempat mengambil wudhuk dan berwudhuk sebelum menyegerakan memakai telekung. Solat zohor empat rakaat itu ditunaikan dengan rasa lapang di dalam hati. Segelas air masak berjaya dihabiskan saat Aisha menunggu di ruang pantry. Aisha tidak tahu hendak membuat apa bila bersendirian di situ. Dia hanya memerhati dekorasi pantry yang nampak ringkas dan mudah. Sebuah meja bulat disertakan dengan lima buah kerusi mengelilingi. Peti sejuk, singki mencuci dan rak pengering terletak saling berdekatan. Kabinet pula menempatkan barang-barang seperti water purifier, coffee maker, rak pinggan dan cawan malah bekas berisi pelbagai barangan termasuk biskut dan kuih-muih. Mungkin sahaja ada tea lady yang menguruskan bahagian tersebut. "Jom?" Muncul Ivan di situ mengajaknya untuk keluar. "Dah fikir nak kereta jenis yang mana? Sporty, classy, casual, compact, SUV, MPV tapi jangan tanya jenis eco car pula... memang tak ditawarkan dekat Brittany." "Awak." "Hmmm..." Ivan memandang Aisha yang bergerak menuruni tangga di sebelahnya. "Saya tak nak kereta, jauh sekali memandu kereta." "Tapi kenapa?" "Memandu di tengah kesesakan kota raya sangat berbahaya dan, saya mana ada lesen kereta..." "Laaa... ye ke?" "Sebab itu saya rasa pelik, kenapa awak ajak saya ke syarikat awak. Ingatkan awak ada urusan penting, sebab tu kita berjumpa di sini." "Jadi sia-sia sahajalah saya bawa awak ke mari?" Ivan mengeluh. "Eh, tak adalah. Saya tak rasa sia-sia pun. Sekurang-kurangnya saya tahu awak bekerja sambil belajar. Tak mudah nak uruskan dua perkara dalam satu masa. Tapi, mungkin sebab awak antara ketua di sini jadi tiada masalah untuk bahagikan masa awak di universiti mahupun syarikat." "Nak kata susah tu tak adalah susah mana. Selagi saya faham dan cepat tangkap, semuanya boleh berjalan dengan mudah tak kira di universiti atau syarikat. Cuma part yang susah bila papa saya minta idea untuk luaskan pasaran syarikat malah fikirkan cara untuk meningkatkan jualan setiap suku tahun. Masa tu, baharu pecah kepala nak manage sekali gus." "I'm always believe that you will do well in whatever you're doing." "Oh, thanks." Ivan tidak sedar sejak bila dia tersenyum. "So, shall we hit the road now? Saya dah rasa lapar." Comel sahaja riak di wajah Aisha mempotretkan dirinya yang berasa lapar. "Okay, let's go!" Ivan menolak daun pintu dan mempersilakan Aisha untuk keluar terlebih dahulu. "Terima kasih." Aisha yang melangkah keluar terlebih dahulu sudah mengucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ivan. Ivan tersengih. Mereka mendekati kereta yang diparkir berdepanan dengan bangunan syarikat. Dia mmboloskan diri ke dalam kereta. Aisha turut melakukan perkara yang sama dengan duduk di sebelah pemandu. "Kita nak makan di mana?" "Selera Rastaaaaaaaaaaa!" Dalam nada bergurau Ivan menjawab seiring dengan jari telunjuknya sudah diisyaratkan akan lokasi yang hendak dituju. Mindanya sudah merencana untuk makan di Hotel Applegate. "Manalah Selera Rasta buka waktu-waktu begini?" Seketika kedengaran tawa Ivan meletus bila Aisha mengetap bibir. Geram dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Tidak dinafikan Selera Rasta menjadi lokasi favourite pelajar-pelajar Unitadz untuk makan dan hang out bersama rakan-rakan di waktu malam dan hanya beroperasi bermula jam enam petang. Baharu sahaja Ivan hendak membuat pusingan U di persimpangan hadapan, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas iPhone yang berada di dalam saku seluar slack ditarik dan diserahkan kepada Aisha. "Saya tak bawa handsfree, tolong swipe dan pegangkan, boleh?" "Err... ah, okey." Aisha menyambut telefon yang dihulur. Tertera nama Lucy di permukaannya. Tanpa menunggu lama Aisha menyentuh permukaan skrin sebelum dilaraskan kepada speaker. "Lucy..." Aisha menyebut sebaris nama tersebut agar Ivan tahu siapa pemanggilnya. Dalam hatinya tertanya-tanya. Siapalah Lucy yang membuat panggilan sekarang ini? "Haaa... Lucy. Awat call?" "Papa Eric masuk hospital, heart attack. Aku on the way ke KPJ." Aisha yang mendengar terus menekup mulut dan beristighfar. Walaupun dia tidak kenal individu yang dimaksudkan, tetapi lelaki itu orang tua Eric. Sedikit sebanyak terpalit rasa bimbang di dalam dirinya bila melihatkan wajah Ivan berubah mendadak. Dari ceria bertukar muram mendengarkan perkhabaran tersebut. "Kalau macam tu, aku datang sekarang. Jumpa dekat sana." Tak sempat hendak bertukar salam, panggilan sudah terlebih dahulu ditamatkan oleh Ted. Aisha merenung skrin telefon bimbit yang bertukar gelap di tangan. Biarlah telefon itu dipegangnya terlebih dahulu. Dia perasan perubahan besar di wajah Ivan dan dia tidak mahu mengganggu tumpuannya memandu sekarang. "Aisha, boleh awak temankan saya ke sana?" "Iyalah, saya temankan. Awak pandu kereta ni elok-elok. Saya rasa dah laju semacam awak drive sekarang..." Walaupun hendak segera tiba ke hospital, keselamatan diri di jalan raya sekarang patut sama-sama dititik beratkan. "Sorry." Ivan tidak melanjutkan kata selepas itu. Tumpuannya tetap di jalan raya walaupun fikirannya sudah melayang teringatkan perihal Eric juga papanya, Datuk Abdullah. IVAN nampak Eric tertunduk sugul di luar bilik pemeriksaan. Aisha yang mengekorinya turut tertanya-tanya akan keadaan papa Eric yang masih lagi menjalani rawatan. "Eric." Ivan datang dekat seraya memeluk Eric yang kelihatan lemah. Saat pelukan dileraikan, Eric nampak ada gadis yang berdiri di sebelah kanan Ivan. "Lucy dah sampai dan dia ke surau. Kau dari mana dengan Aisha?" Baru dia perasan akan kehadiran Aisha sama. "Aku dari main office Brittany tadi. Hajat nak pergi makan. Tapi bila dapat panggilan dari Lucy fasal papa kau terus kami ke mari. Macam mana dengan keadaan papa kau?" "Masih lagi menjalani pemeriksaan di dalam. Driver yang jumpa papa aku di bilik hotel sebab tak turun-turun selepas lunch." Eric sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa sedihnya di depan Ivan. "Dah lama kau sampai?" Ted tiba-tiba menegur. Dia yang baru sahaja kembali dari surau langsung tidak berlengah untuk lama-lama berada di bawah. "Baru je." Ivan menjawab sedang Aisha hanya diam dan tersenyum nipis. Baru dia tahu siapa Lucy yang menelefon sebentar tadi. "Ivan, Aisha... kamu berdua belum makan lagi, kan? Ajak Lucy sekali turun makan." Eric berasa kasihan mengenangkan mereka bertiga terpaksa bergegas ke KPJ menemuinya setelah dimaklumkan tentang keadaan papanya. "Aku okey lagi." Ivan menjawab seraya memandang tepat ke wajah Eric. Tidak tegar membiarkan temannya itu keseorangan. "Aku pun." Ted menjawab walhal dari semenjak di surau perutnya sudah berkeriuk-keriuk minta diisi. "Kau memanglah okey tapi Aisha tu yang aku kasihan. Pergilah turun dahulu. Apa-apa nanti aku call. Papa aku masih dirawat dekat dalam jadi jangan risau. Pergi makan..." Eric menolak tubuh Ivan juga Ted agar segera bergerak ke kafeteria. Tidak elok jika dibiarkan perut kosong semata-mata kerana dirinya. Ivan yang sedar akan situasi Aisha terus sahaja menurut. Bukankah gadis itu benar-benar lapar sebelum mereka keluar dari Brittany? Kasihan pula mengenangkan bila dia dengan perut kosong terpaksa menemankan Ivan menemui Eric di KPJ. "Kalau macam tu, aku bawa Aisha dengan Lucy ke kafe. Sekejap lagi selesai makan kami naik balik. Kalau ada apa-apa jangan lupa untuk beritahu sesegera mungkin. Faham?" "Iyalah. Kau ni kalau mengarah, memang macam mak nenek." "Ingat apa yang Ivan pesan?" Ted menepuk bahu Eric yang cuba untuk tersenyum. "Yalah..." Eric memerhatikan Ivan, Ted dan Aisha yang bergerak ke arah lif di sebelah kanannya. Saat mereka hilang dari pandangan, terbit keluhan keluar dari bibirnya. "Maafkan Aiman, papa..." Dia masih ingat akan kata-kata yang diucapkan kepada papanya petang semalam. Akibat merajuk dengan teguran papanya, dia tidak pulang ke rumah apatah lagi ke hotel. Sebagai tanda protes sengaja dia bermalam di studio seni Unitadz seorang diri. Eric bimbang jika perkataan 'Goodbye' yang dilafazkan semalam menjadi perbualan terakhir di antara papa dan dirinya. Dia jadi betul-betul takut. Air mata yang cuba ditahan dari dilihat teman-temannya sejak tadi kini mengalir juga. Lekas-lekas dikesat dengan belakang tapak tangan. Tidak mahu ada yang melihat. "Aiman takut papa akan tinggalkan Aiman. Sama macam mama..." Matanya kini fokus ke hadapan. Memandang tepat ke arah pintu bilik pemeriksaan. Ivan dah bergerak ke bahagian kaunter. Beberapa jenis lauk-pauk yang tersedia dalam tray diperhati sebelum dia menimbang hendak memilih yang mana. Lewat hari ini mereka menikmati hidangan makanan tengah hari. Aisha sudah lama berlalu mengambil tempat duduk. Itu pun setelah selesai dia memilih makanan yang diinginkan. Ted yang baharu sahaja selesai memilih makanannya turut duduk di meja yang sama. Dia hanya membiarkan kerusi di sebelah kosong agar mudah untuk Ivan duduk setentang dengan Aisha. "Aisha, kalau saya tanya sesuatu boleh?" Melihatkan Ivan belum ke meja, Ted mengambil kesempatan untuk bertanyakan sesuatu kepada Aisha. "Erm... tanyalah." "Awak kenal Hannah?" "Hannah? Maksud awak, Kak Hannah? Ya, saya kenal dia. Satu fakulti." Tanpa berselindung Aisha memaklumkan. "Dia ambil jurusan apa dekat Fakulti Bahasa & Kesusasteraan tu? Maksud saya, major? Bahasa atau Sastera?" "Kalau tanya majoring, Bahasa. So, awak tahulah apa yang minor, kan?" "Err... ya." "Kenapa tanya fasal Kak Hannah? Awak kenal Kak Hannah ke?" Rasa unik pula ada yang bertanya fasal seniornya itu. Aisha sendiri sedia maklum, Hannah susah untuk rapat dengan orang lain. Terutamanya jika berlainan fakulti. Sebab itu dia rasa semacam apabila Ted menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hannah. "Sort of." Sejak bila dah terbiasa dengan 'sort of' ni? Ted pun naik hairan. "Sebenarnya, jarang orang tanya fasal Kak Hannah. Lebih-lebih lagi kalau pelajar dari fakulti lain." "Dia tak campur orang ke?" "Hmmm... susah nak cakap sama ada campur atau tidak. Tak ramai yang kenal dia di luar. Tetapi, bebudak fakulti memang hormat dia sebagai senior. She's one of the excellent students in our faculty. Boleh dikatakan role model pelajar junior." "Oh, okey. Terima kasih untuk infonya. Err... maaflah sebab buat Aisha tergendala hendak makan." Baru Ted perasan, disebabkan hendak mengetahui perihal Hannah, tidak sempat Aisha menjamah makanan di dalam pinggannya apatah lagi dirinya. "Tak apa. Benda kecil sahaja." "Aik, borakkan apa sampai nasi pun tak sentuh lagi?" Ivan yang baharu sahaja tiba di meja, melabuh punggung di depan Aisha. Seketika dia memandang wajah Ted dan Aisha berselang-seli. Apa kenalah mereka berdua ni? "Saja bual-bual kosong fasal fakulti Aisha." Ted menjawab. "Fasal fakulti ke fasal pelajar fakulti? Ayat tu biar jelas sikit." Mulalah Ivan dengan perangai mengusiknya. Arif dirinya akan sikap Ted yang jarang ambil kisah fasal pelajar Unitadz. "Dah, jangan banyak cakap. Baca doa makan, sekejap lagi kita nak naik atas semula. Tak sedap hati pula aku tinggalkan Eric seorang diri dekat atas." "Bismillahirahmanirrahim..." Ivan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Aisha dan Ted sekadar mengaminkan. Sempat lagi Ivan menoleh ke arah Ted di sebelah sambil tersengih-sengih. Ingin memaklumkan bahawa dia boleh membaca doa makan. Mujur makanan yang disuap ke mulut Ted tidak tersembur melihatkan aksi Ivan waktu itu. Hampir ke petang Ted menemankan Eric di hospital. Selepas sahaja solat asar di surau, Ivan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Dia ingin menghantar Aisha ke perhentian bas seperti yang diminta oleh gadis itu dan berjanji akan sama-sama menemankan Eric di hospital pada sebelah malamnya. Beberapa orang penting di Hotel Applegate turut datang melihat-lihat keadaan Datuk Abdullah yang kini dikatakan stabil selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Lega hati Eric bila mengetahui papanya tidak lagi berada dalam keadaan bahaya dan kini sedang tidur. "Malam nanti aku datang temankan kau. Aku bawakan sekali pakaian dari Suite." "Thanks. Aku tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan kau dan Ivan sebab sudi temankan aku dari tadi." "Relakslah, kita kan kawan. Hari ini hari kau, mana tahu esok lusa hari aku pula susah..." Ted dapat melihat Eric senyum segaris mendengarkan kata-katanya tadi. Dia tahu, temannya itu berusaha untuk kelihatan tabah dan kuat. Segala kepayahan yang dilalui kalau boleh hendak disorok dari dilihat oleh orang lain. Begitulah sikap Eric dan Ted sendiri rasa kagum. Mereka bertiga membesar jauh dari rasa kasih seorang ibu. Jadi masing-masing sangat bergantung kepada insan yang digelar ayah semenjak kecil sehinggalah menginjak ke usia dewasa. Eric kehilangan mamanya semenjak dia berusia tujuh tahun akibat kanser perut. Ivan pula kehilangan uminya akibat kemalangan jalan raya saat dia memasuki tingkatan satu manakala Ted langsung tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu semenjak dilahirkan. Ini kerana ibunya meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk saat bersalin. "Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa telefon aku tahu!" "Hati-hati..." "And, one more thing Eric... don't forget to pray. Allah will always listen to your prayer." Di antara mereka bertiga, hanya Eric sahaja yang jarang menunaikan solat walau kerap kali diingatkan oleh Ted. Setakat Ivan bolehlah juga jika kena caranya Ted mengajak. Tetapi Eric agak liat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu. "Hmmm..." Eric tidak terus menjawab. Dia sekadar menggumam sebelum melihat Ted melangkah keluar dari wad peribadi yang menempatkan dirinya juga Datuk Abdullah. HAMPIR pukul sepuluh barulah Ted melangkah keluar dari Suite 1601 dengan beg berisi pakaian juga toiletries buat Eric. Setengah jam tadi Ivan memaklumkan bahawa dia sudah tiba di hospital manakala Ted akan singgah ke Suite terlebih dahulu. Gerakan kakinya kini dibawa menuju ke bahagian lif. Setelah memboloskan diri dalam lif, dia terus sahaja menekan butang L yang mewakili ruang lobby hotel. Pintu lif berdenting sebelum terbuka di tingkat 14. Ini menunjukkan ada pengunjung hotel yang ingin menaiki lif untuk turut serta turun. Ted bergerak sedikit ke sebelah kanan. Seorang gadis melangkah masuk dan Ted cukup terkejut bila mereka berdua kini berkongsi lif yang sama. Hannah merasakan bahawa dirinya menjadi mangsa renungan Ted. Terlupa dirinya seketika bahawa lelaki di sebelahnya itu merupakan anak kepada pemilik universiti di mana dia belajar sekarang. Rasa pelik adalah setiap kali menemui lelaki itu di sini seperti tiada rumah sendiri. "Kau dari mana?" Tidak tahu mengapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa dia terlalu ramah berbicara bila bertemu dengan Hannah. Situasi sekarang tidak terkecuali. "Jumpa kawan." "Kawan yang tempoh hari tu ke?" "Ya." "Oh, lupa nak cakap... puisi semalam, simple dan boleh tahan." Ted tidak tahu hendak memuji yang bagaimana. Janji dia dapat menyatakan apa yang dia rasa setelah mendengar gadis itu melantunkan puisi dalam gaya tersendiri. "Saya 'taram' aje asalkan kena dengan tajuk. I'm quite good when dealing with improvisation." Tidak menjadi masalah buat Hannah untuk hadir dengan idea spontan. Janji tahu nak cakap fasal apa, itu sudah memadai. "Sekarang ni kerap betul aku jumpa kau." Rasanya dah banyak kali dia nyatakan perkara yang sama. "Hmmm... saya pun rasa macam tu juga. Tetapi kalau awak rasa tak selesa, saya akan cuba untuk elakkan diri dari kita bertembung di mana-mana." Hannah sendiri rasa tidak selesa bila kerap menemui lelaki itu kebelakangan ini. "Heh! Macam mana kau nak elak? Cuba kau beritahu aku..." Lainlah gadis itu tahu 'tentatif program' dirinya saban waktu, pasti tiada masalah. "Ha'ah ek! Saya tak terfikir pula sampai ke situ." Kenapa dirasakan lif bergerak terlalu perlahan ketika ini? Hannah memandang Ted yang berdiri di sisi sambil menjinjit sebuah beg di tangan kiri. "Awak nak ke mana dengan bawa beg ni? Lari dari rumah?" "Hahaha..." Seketika terhambur ketawa Ted. "Kau ni suka betul buat assumptions yang bukan-bukan. Bawa beg tak semestinya nak lari dari rumah. Sama macam duduk lepak dekat tembok rooftop, bukan bermakna nak bunuh diri." Sempat juga kata-katanya diselitkan dengan ayat berbaur sindiran. "Aku nak bawa pakaian untuk kawan aku, Eric. Papanya masuk hospital akibat serangan jantung..." Belum sempat Hannah ingin membuka mulut bertanyakan keadaan papa temannya itu, lif sudah membawa mereka sehingga ke aras lobby. Mereka melangkah keluar dengan Hannah mendahului di hadapan. Tidak sedar bahawa kehadiran mereka di ruang tersebut menarik perhatian beberapa pasang mata yang juga merupakan pelajar-pelajar Unitadz. "Kau nak balik terus ke?" "Ha'ah." "Nak aku hantarkan?" Sejak bila Tengku Edzfareel bin Tengku Adzlan berani offer seat untuk hantar orang lain balik? Ada hati nak jadi pemandu 'teksi sapu' ke? "Tak apa. Ada kawan yang akan ambil saya nanti." Mendengarkan perkataan 'kawan' kening Ted terangkat sedikit. "Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dahulu. Ciao!" Modal kata lelaki itu selalu sahaja berakhir dengan perkataan 'ciao' dan ia sedikit sebanyak membuatkan Hannah merasa jengkel. Tak boleh ke beri salam elok-elok? "Assalamualaikum." Harap-harap salamnya berbalas kerana Hannah pasti Ted mendengar ucapan yang disampaikan. "Wa'alaikumsalam warrahmatullah..." Rendah sahaja Ted membalas sambil melangkah keluar dari pintu utama hotel menuju ke kereta yang dipandu oleh seorang valet attendant Hotel Applegate. Hannah yang menunggu kehadiran Arya sekadar memerhatikan lelaki itu hilang dari pandangan. Seketika dia tersenyum mengingatkan puisi yang dibaca semalam juga kenangan berada di rooftop bersama-sama lelaki itu tempoh hari. Tidak sedar bila otaknya bekerja sehingga Biru Langit Dia kembali terngiang-ngiang di telinga. Awan putih, biru langit, Terang, hangat dan bahang, Kau dan aku, larut dalam irama kicauan. Sedang diri tertanya-tanya, Suara itu milik kau, atau Sekadar desir angin menyapa? Sekali lagi aku merenung, Sekian kali engkau memandang, Arah yang sama, Biru langit milik Dia, Jauh di atas sana. ps: Maaf, dah berkarat dengan puisi. Sudah lama zaman itu ditinggalkan. Untuk chapter 6 akan datang, ada kuiz 'happy-happy' menanti. Tunggu! |
12b) <b>Makanan pelik di Putrajaya</b> - Google Blog Search Posted: 09 Apr 2014 11:38 PM PDT Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang. Barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional! Ada Udang Disebalik Batu rupanya... SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008. Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!! Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa. Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara! Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis. Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar! Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan. Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!*** Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya. Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya! Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost! Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkanhomoseksual! Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini! TAN SRI KHALID PENGHALANG Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakanbusiness-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar! PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS. Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB. Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar! Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid! Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid? CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR. Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan. Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim. Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid. Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang! Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah! Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid! STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang. Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid. Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid! Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari. Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini! PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini. Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid. Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti. Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini. TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat! RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir! BELUM, Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini. Khalid sekarang ada beberapa opsyen: 1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri! 2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau; 3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini; 4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau 5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati. Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu belakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu! Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB. Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab! Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah. Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini. Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan! Zulkifli Bin Noordin |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Putrajaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment